Kenapa kening berdenyut2? TANDANYA (copy paste from http://diarisedetiklebihfarisha.blogspot.com):
Jika Alis Kanan bergerak-gerak – akan bertemu orang yang disenangi.
Alis Kiri – akan mendapat wang.
Kelopak Mata Kanan diatas bergerak – akan mendapat keuntungan dan beroleh keamanan.
Kelopak Mata Kanan dibawah bergerak – akan mendapat kesusahan.
Kelopak Mata Kiri diatas bergerak – akan mendapat kebaikan.
Kelopak Mata Kiri dibawah bergerak – hendak menangis.
Ekor Mata Kanan bergerak – menerima kedatangan orang jauh.
Ekor Mata Kiri bergerak-gerak – mendapat sedikit kepayahan.
Biji Mata Kanan bergerak-gerak – akan menangis dalam bercinta.
Biji Mata Kiri bergerak-gerak – gembira dihati.
Kening Kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
MATA KANAN
Jika MATA KANAN sahaja yang berdenyut2 pada;
6 hingga 8 pagi – akan ada yang menggoda atau mengganggu.
8 hingga 10 pagi – akan ada yang berkhianat.
10 hingga 12 tengahari – akan ada urusan yang tidak baik.
12 tengahari hingga 2 petang – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
2 hingga 4 petang – akan ada wanita yang mempunyai perasaan menginginkan sesuatu.
4 hingga 6 petang – akan didatangi orang tua atau saudara.
6 hingga 8 malam – akan menerima tetamu dan seterusnya mendamaikan sesuatu yang baik.
8 hingga 10 malam – akan mengunjungi saudara mara untuk menguruskan sesuatu perkara.
10 hingga 12 tengah malam – akan diundang orang yang mempunyai hajat.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan ada yang jahil
2 hingga 4 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
4 hingga 6 pagi – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
MATA KIRI
Jika MATA KIRI sahaja yang berdenyut2 pada;
6 hingga 8 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
8 hingga 10 pagi – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
10 hingga 12 tengahari – akan menghadapi perkara yang menggirangkan.
12 tengahari hingga 2 petang – akan mendapat keuntungan daripada perdagangan atau dari sumber-sumber lain.
2 hingga 4 petang – akan mendapat keuntungan berupa barangan.
4 hingga 6 petang – akan mendapat rezeki atau keuntungan.
6 hingga 8 malam – akan didatangi tetamu yang menyebabkan kegirangan.
8 hingga 10 malam – akan dikunjungi oleh saudara mara.
10 hingga 12 tengah malam – akan mendapat pertolongan dari pihak lain.
12 tengah malam hingga 2 pagi – akan mendapat kesusahan atau diserang penyakit.
2 hingga 4 pagi – akan didatangi tetamu dari jauh.
4 hingga 6 pagi – akan dikunjungi oleh saudara mara.
Kening kiri bergerak-gerak – beroleh kelapangan.
Bibir bawah bergerak – akan menangis.
Kepala bergerak – beroleh kerja yang baik.
Siku Kanan bergerak-gerak – beroleh kebahagiaan.
Siku Kiri bergerak-gerak – orang yang mengasihi kita akan datang.
Pelipis Telinga bergerak – alami kebahagiaan.
Telinga bergerak – akan berkelahi.
Kepala bergerak – ada orang menyakiti hati kita.
Kepala bergerak ke kiri – beroleh kebesaran.
Bahu Kanan bergerak-gerak – harta hendak datang.
Bahu Kiri bergerah-gerak – bakal berjumpa pembesar/ketua.
Lengan Kanan bergerak-gerak – akan sakit kepala.
Lengan Kiri bergerak-gerak – beroleh harta.
Pipi Kanan bergerak-gerak – alamat sakit mata.
Pipi Kiri bergerak-gerak – sentiasa bahagia.
Tangan Kanan gatal – nak dapat duit.
Tangan Kiri gatal – nak buang duit.
Kaki gatal – asyik nak berjalan
Yang ni pula kau dapat dari http://teduhan-iman.blogspot.com...
rahsia gerak anggota badan...
- Semua tubuh bergerak kanan dan kiri atas alamat melihat indah2 suatu pula hampir ajal atau
- Tengah kepala bergerak alamat beroleh kebajikan.
- Jika ubun2 alamat menjadi menteri atau raja atau beroleh harta banyak, orang pun kasih akan dia.
- Kepala kanan alamat barang pekerjaan beroleh untung
- Kepala kiri alamat akan sakit padahnya
- Semua kepalanya alamat beroleh sukacita
- Dahinya alamat beroleh ilmu lagi beroleh harta yang halal.
- Tengkok bergerak alamat banyak orang kasih kepadanya.
- Kening kanan alamat bahagia akan datang.
- Kening kiri lagi bertemu dengan kekasihnya.
- Kelopak mata kanan yang atas alamat beroleh hartanya di bawa oleh keluarganya dari jauh.
- Kelopak mata kiri yang atas alamat beroleh harta di bawa keluarganya jauh ia membawa untung.
- Kelopak mata yang bawah alamat akan menangis.
- Kelopak mata kiri yang bawah alamat jauh daripada bahaya / duka dan berlayar.
- Ekor mata kanan yang atas alamat jauh daripada penyakit.
- Ekor mata kiri yang atas alamatnya terlihat dengan orang di kasihi.
- Ekor mata kanan yang bawah alamat meliht orang datang dari jauh.
- Ekor mata kiri yang bawah lamat sakit .
- Jur2 mata kanan alamat sakit.
- Jur2 mata kiri alamat kasihi orang.
- Biji mata kanan alamat menangis akan sakit atau mati
- Biji mata kiri alamat sakit.
- Hidung kanan alamat jauh daripada bahaya / penyakit atau orang akan memberi rezeki yang halal padanya.
- Hidung kiri alamat akan berbahagia dan bertemu dengan kekasihnya.
- Semua hidungnya alamat berkasih sayang dengan kekasihnya.
- Pelipis kanan alamat mati / kematian.
- Pelipis kiri alamat aman hatinya
- Telinga kanan alamat mendengar khabar yang baik dan beroleh sukacita dan menang ke atas musuhnya
- Anak yamin kiri bergerak alamat orang datang tetapi orang itu daripada sabiqoh datangnya
- Pipi kanan alamat panjang umurnya lagi memakai bauan
- Pipi kiri alamat bebas daripada sakit lagi tenang hati
- Bibir yang atas alamat akan berkelahi dengan sesama lelaki tetapi segala keluarganya kasih akan dia
- Bibir bawah alamat demikian juga
- Kedua2nya bergerak alamat makan minum dan memaki
- Jur2 bibir kanan alamat berkelahi
- Jur2 kiri alamat mendengar yang baik lagi beroleh kirimannya atau ilmu
- Lidah alamat makan minum tetapi berkelahi
- Anak lidah alamat huru hara
- Gigi alamat suka citanya
- Dagu kanan alamat bertemu dengan orang kaya
- Dagu kiri alamat beroleh pengetahuan
- Semua dagu bergerak alamat beroleh pekerjaan yang baik / pekerjaan raja2
- Leher kanan alamat huru hara
- Leher kiri alamat bebas daripada penyakit
- Semua leher bergerak alamat demikian juga atau beroleh kebajikan
- Bahu kanan beroleh harta yang banyak tetapi berkelahi dahulu
- Bahu kiri alamat orang mahu berbuat jahat tetapi kita di muliakan orang
- Lengan kanan bergerak alamat beroleh kebajikan
- Lengan kiri alamat berjumpa dengan sahabat yang baik dan beroleh suka cita
- Siku kanan alamat memegang emas dan beroleh suka cita
- Siku kiri alamat demikian – kata setengah alamat di kasihi orang
- Hati tangan kanan alamat memegang emas – kata setengah alamat di muliakan orang ramai
- Hati tangan kiri alamat beroleh emas / harta lagi untung
- Ibu tangan kanan alamat beroleh harta orang dan di muliakan orang – kata lain alamat kematian
- Ibu tangan kiri alamat jadi penghulu
- Telunjuk kanan alamat berkelahi – jika pada 5 haribulan haji alamat mati / kematian
- Telunjuk kiri alamat di muliakan orang dan beroleh kebesaran tetapi sakit dahulu
- Siku jari kanan bergerak alamat berkelahi
- Siku jari kiri alamat beroleh kebesaran tetapi sakit dahulu
- Jari manis kanan beroleh harta lagi suka cita
- Jari manis kiri segera beroleh emas / perak / perempuan yang cantik
- Belikat kanan alamat cita2nya tercapai
- Belikat kiri alamat akan sangat
- Lambung kiri bergerak alamat percintaan
- Belakang beroleh bahagia tetapi sakit dahulu
- Belakang kanan alamat orang datang
- Belakang kiri alamat orang jahat percintaan
- Lambung kanan alamat percintaan
- Perut kanan alamat beroleh rezeki banyak
- Perut kiri alamat menteri akan datang
- Pinggang kanan alamat kebajikan datang
- Pinggang kiri alamat beroleh anak / harta
- Usus kanan alamat beroleh anak
- Usus kiri alamat beroleh anak / harta
- Dubur beroleh untung / rezeki halal
- Hati kanan alamat duka cita
- Hati kiri alamat sukacita
- Pusat bergerak alamat beroleh harta banyak
- Jejakan kanan bergerak alamat dekat akan berjalan
- Jejakan kiri alamat tenang hati beroleh rahmat
- Pirus kanan alamat ada orang cintai kita
- Perus kiri alamat nauri orang isterinya atau berbuat zina
- Semua perus bergerak berlekang ( berselang seli ) alamat isterinya berbuat zina
- Bahu kanan bergerak alamat ia bertemu dengan kekasih dan beroleh kekayaan
- Ari2 bergerak keduanya alamat beroleh perempuan
- Pangkal perus berkeliling alamat akan beristeri / berbuat zina
- Pintu kanan alamat akan duduk lama / orang datang pada kita
- Pintu kiri bergerak itupun demikian tetapi kita beroleh permainan yang baik
- Paha kiri bergerak alamat beroleh kebajikan / orang membawa emas pada kita
- Paha kanan alamat berjumpa dengan keluarga yang jauh / berjalan jauh
- Lutut kanan alamat beroleh darbia
- Lutut kiri di hormati orang
- Betis alamat berkelahi sesama lelaki
- Betis kiri beroleh harta
- Pergelangan kaki kanan alamat beroleh darbia
- Pergelangan kaki kiri alamat tidak untung jangan di carinya
- Kura2 kaki kanan beroleh kebajikan
- Kura kiri berjalan jauh – kata setengah pula sakit
- Mata kaki kanan almat berjumpa dengan orang datang dari jauh
- Mata kaki kiri alamat mendengar berita baik
- Ibu kaki kanan alamat mendengar berita kematian
- Ibu kaki kiri berjumpa dengan orang pergi lama akan datang
- Telunjuk kaki kanan alamat akan sakit
- Telunjuk kaki kiri berbahagia
- Siku jari kaki kanan alamat beroleh pekerjaan yang baik tetapi berkelahi dahulu
- Jari manis kaki kanan alamat bertemu dengan orang mencuri benda kita
- Kelingking jari kanan berkain baru / barang kehendaknya
- Kelingking kaki kiri alamat sakit hati
- Tumit kanan bergerak kehilangan
- Tumit kiri pun demikian
- Tapak kaki melihat orang yang baik perangainya
- Hati kaki kanan alamat suka cita
- Hati kaki kiri alamat berjalan
SUMBER DI EKSTRAK DARI KITAB TAJUL MULUK
(susah2 aku translate ke tulisan rumi)
P/S:
kalo ade tersilap - habaq mai kat cek no..
aku pun bukannya pandai sangat baca tulisan jawi neh.. sekadar 2 boleh la..
PEACE (,")(",)
Yang ni pula daripada http://komuniti.iluvislam.com ... kita tengok dari segi saintifik dan sudut pandangan islam...
Wsalam, ohbanana.
Dari segi saintifiknya, pergerakan hujung mata tu dipanggil
"fasciculation". Ia bermaksud pergerakan luar kawalan beberapa fiber
otot tertentu, atau dalam kes cik/encik ohbanana ini, otot kelopak mata.
"Pergerakan" itu biasanya dalam bentuk denyutan, dan tak semestinya
terjadi pada mata sahaja. Mungkin di antara kita pernah merasai, sama
ada di kelopak mata, mahupun di pipi, di ekor mulut, kening dsb.
Ini kerana secara biasanya, keadaan ini bukanlah keadaan yang
berpenyakit serius. Keadaan ini dinamakan "benign fasciculation
syndrome"
Antara penyebab yang paling utama:
- Kekurangan vitamin dan mineral, terutamanya Magnesium.
- Kekurangan air dalam badan (dehydration)
- Kepenatan melampau (exhaustion)
- Bahan makanan (caffeine di dalam kopi)
- Bahan kimia di tempat kerja (benzene, baja organic dll)
- Ubat-ubatan tertentu (inhaler asma, dll)
Pun begitu, sekiranya keadaan ini benar-benar mengganggu dan/atau
diiringi oleh simtom-simtom lain seperti sakit, kebas dsb, adalah sangat
disyorkan untuk berjumpa doktor atau doktor pakar. Pakar yang boleh
membantu dalam situasi ini adalah pakar neurologi.
Berkenaan dari sudut Islam, saya tidaklah mengesahkan mahupun menafikan,
ada atau tidak ada kaitan dengan perkara buruk dan sebagainya. Pun
begitu, suka saya memetik sebuah hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
Untuk cik/encik ohbanana, antara saranan saya termasuklah meningkatkan
sumber Magnesium sama ada berbentuk vitamin/supplement tambahan mahupun
makan lebih banyak sayuran hijau. Juga dinasihatkan agar menjauhi rokok
dan kopi, atau bahan-bahan yang dirasakan mungkin menjadi penyebab.
Elakkan dari menjadi terlalu penat, secara fizikal mahupun mental, dan
amalkan minum banyak air.
Sekian sahaja dari saya, jika cik/encik ohbanana ada apa-apa persoalan
lagi sila lah kemukakan, inshaAllah saya atau ahli team medik yang lain
sedia membantu.
Wallahua'lam. Wassalam.
Quote
ثلاث
لازمات لأمتي : الطيرة ، والحسد ، وسوء الظن " . فقال رجل : ما يذهبهن يا
رسول الله ! ممن هو فيه ؟ قال : " إذا حسدت فاستغفر الله ، وإذا ظننت فلا
تحقق ، وإذا تطيرت فامضه
Ertinya : Tiga perkara lazim yang sukar dibuang oleh umatku :
mengganggap sial, hasad dengki dan bersangka buruk"
Lalu seorang lelaki bertanya : "apakah yang boleh menghilangkannya wahai
Rasulullah ?"
Jawab Nabi : Jika kamu datang perasaan hasad dengki beristighfar lah
kamu kepada Allah, apabila kamu bersangka buruk, janganlah kamu
membenarkan sangkaan itu, dan apabila kamu menganggap sial belaku, abaikan dan jangan endahkannya"
( At-Tabrani, no 3227, 3/228 ; Al-Haithami : Dhoif kerana perawi bernama Ismail Bin Qais)
So, berdasarkan kata2 orang tua... aku akan dapat kelapangan... ba kalau macam tu.. alhamdulillah la kan...
berdasarkan dari segi saintifik.. aku mungkin penat,.. yala sehari x nyenyak tidur kan??? logik nya....
dan berdasarkan dari sudut agama islam... kita x boleh percaya sesuatu itu lebih dari Allah... kan??? jadi kalau anda dapati anda mengalami denyutan di bahagian yang membawa alamat kurang baik menurut orang2 tua dahulu... jangan percaya sangat.. kena berdoala kepada Allah... Allah tau apa yang terbaik untuk hambanya... jadi apa yang berlaku kita kena redha... dan kalau denyutan masih berterusan p la jumpa doktor.... atau jumpa ahli perubatan islam...
Jadi... kesimpulannya kening aku ni berdenyut sebab aku terlalu penat... berkenaan aku letih tetiba kemarin tu... aku tidak taula pula kenapa... mungkin tanda2 selsema...
1 comment:
tulisan x berapa jelas
Post a Comment