Monday, February 18, 2013

Tips CINTA... membentuk TRUE LOVE

Assalamualaikum...


Siapa aku untuk bercinta tentang cinta? aku manusia yang spesiesnya WANITA... aku juga pernah bercinta.. dan sedang bercinta... kerana aku ada pengalaman becinta... jadi aku layak bercerita tentang cinta.

Alhamdulillah aku menemui dia... dan aku ingin mencintai dia selamanya... kerana ADANYA DIA....
Aku ingin mencintai dia.. kerana agamaku... kerana keluarga ku.. dan kerana diriku....

Anda ingin mencintai seseorang? anda ingin dicintai seseorang itu? Bagaimana anda mencintai dirinya begitulah dia mencintai anda... jadi... ini dia... senarai TIPS CINTA... apa yang perlu kita lakukan sekiranya sayang pada hubungan CINTA anda... CINTA adalah satu anugerah... dan seharusnya kita menjaganya dengan baik...

sebelum tu hayati lirik lagu daripada OST SETIA HUJUNG NYAWA...  aku lagi suka SETIA DUNIA AKHIRAT...

Lirik Lagu Setia Hujung Nyawa - Fiq & Gjie
Aku tak bisa
Menidakkan rasa cinta
Meski ku tak bisa
Melupakan salahmu
Resah hatiku

[*]
Maafkan diriku
Melukakan mu
Cinta jangan engkau pergi
Jauh dari diriku lagi
Sesungguhnya cinta kita
Setia ke hujung nyawa

Bila tersedar
Betapa tulus cintamu
Biar apa pun yang menghalangnya
Takkan pernah bisa dari diriku
Menjaga cintamu
Tuhan tolonglah aku
Satukan aku dan dirinya selamanya

Repeat [*]

Cintaku tetap di sini
Takkan pernah jauh dari mu



  1. Berusaha berfikiran positif! Kalau rasa macam WAS2 akan perbuatan pasangan kita... cuba kita fikir positif... berfikiran positf adalah suatu kuasa yang mampu ubah dan membantu situasi apapun... dengan izin tuhan... Hati dan minda kena bersatu... hehe CINTA yang indah untuk orang2 yang berfikiran positif saja... percaya atau x? buktinya... orang yang x berfikiran positif... bila dia kecewa pada pasangan dia, dia mungkin fikir sesuatu yang sangat2 cetek... seperti mencederakan diri sendiri.. x mau makan! sedangkan kalau dia berfikiran positif... dia akan berusaha tenangkan diri... mencari dimana silapnya... perlukah dia kecewa sampai begitu sekali... kalau sakit nanti, rasa kecewa hilangka? apa patut rasa kecewa? apa alasan yang diberikan kekasih hati benar?  dan sekiranya kekasih anda beberapa hari tidak menghubungi anda kemana dia pergi? kita perlu fikir positif... jangan biarkan perasaan jahat kuasai kita.. kalau benar anda sayangkan hubungan anda... jadilah seorang yang berfikiran positif... kerana selalunya hubungan porak peranda disebabkan sifat anda atau pasangan yang tidak berfikir positif.. yang menyumbangkan kepada.. cemburu buta... salah faham... bosan.. dan macam-macam lagi...

  2. Yakin pada pasangan anda. Percaya padanya... perhubungan yang sihat... adalah keyakinan. Bila anda yakin padanya... tentu dia akan lebih yakin pada anda... dan pasti dia akan rasa dihargai dan lebih bersemangat kan? kalau anda tidak yakin padanya, siapa lagi? Seorang kekasih perlukan tenaga daripada cintanya... dan itulah KEYAKINAN
  3. Berusaha untuk memahami... setiap individu adalah berbeza... mahupun dari segi perwatakan dan tompok2 tahi lalat :P jadi... untuk lebih memahami cuba letak situasi dirinya pada diri kita sendiri, apa kita akan buat kalau kita berada di situasinya? suatu hari nanti mungkin anda sendiri akan berada pada situasinya... mungkin waktu itu... tentu dia juga akan memahami anda kan? dan... kekadang ada setengah perkara kita x dapat luahkan dari kata2... begitu juga kekasih anda,.. cuba fahami apa yang hendak dia sampaikan..
  4.  Berterus terang... jangan pendam lama2... sekejap boleh... hehe Kalaulah ada perangainya atau sesuatu yang anda X suka padanya... (tapi kalau x suka sesuatu padanya... tolonglah bertimbang rasa... kalau dia sudah suka... kita belajarla untuk suka ya... contohnya: cara berpakaian TAPI kalau soal kesihatan.. kita kena TEGAS.. contohnya merokok, pengotor... so... kalau betul si dia sayang pada kita... dia perlu belajar untuk X merokok n X lagi pengotor!), tegur baik2... tegur pada masa yang sesuai... bercakap secara berhikmah.. dan jangan tergur depan orang... nanti jadi pergaduhan pula... lagipun kita kena jaga maruah dia kan? "So, what should I do sayang?" cari jalan penyelesaian yang boleh membahagiakan dua pihak.
  5. Bersabar... terus bersabar... sabar itu separuh dari iman... :) orang yang bersabar X akan rugi.. Demi masa... semuanya akan berubah.. tapi kita perlu ada effort untuk perubahan... mungkin si dia akan berubah... x lagi sakiti hati anda dengan perbuatan atau perangai yang sama...
  6. Cermin diri.. sekiranya terjadi sesuatu MALAPETAKA dalam perhubungan.. contohnya... ada ORANG KETIGA... kita selalu fikir... " Dasar perempuan/lelaki ****** semua dia mahu! Apa ko ingat ko tu ***** sangat? eh aku boleh cari lain la... "  "Perempuan/lelaki mana yang berani merosakkan hubungan kami? Dasar **** Tunggu!" malapetaka ini hanya terjadi selalunya di pertengahan atau penghujung percintaan... kenapa x pada permulaan? kenapa mesti kita cermin diri? kita perlu tanya diri kita... "kenapa dia ada orang lain?" "apa salahku?" "Apa kurangnya aku?" dah habis jawab semua ni... kita tanya dia... Why DO You find someone else? what i've done? what should i do for u to come back to me? sekiranya dia masih ada ruang untuk kita... dan dia masih cinta pada kita... apa salahnya bagi eluang kedua? Bukan saja peluang kedua pada dirinya tetapi pada diri kita sendiri juga! perbaiki segala kesilapan... pasti MALAPETAKA ini akan memperkuatkan lagi CINTA anda dan dia... CINTA itu bukan indah sentiasa... tanpa air mata.. itu bukan CINTA!
  7. Beri ruang dan masa pada diri sendiri... dan juga pada pasangan...(contohnya anda ingin keluar beriadah bersama sahabat.. bersama keluarga... menghadapi masalah besar sehingga anda perlukan masa bersendiri untuk menyelesaikan masalah, ataupunyang paling remeh dan temeh sekali anda ingin membuang air besar!!! haha shhhh! relaxla geng, dia x kemana!)jangan suka mengongkong! jangan suka memaksa... itu akan membuat pasangan anda jadi lagi stress! sebelum itu, tolonglah bagitahu pasangan anda... anda perlukan masa untuk bersendiri,,. supaya dia tahu... jangan pula tetiba hilang entah kemana... itu bahaya! menyumbang kepada MALAPETAKA dalam perhubungan... seseorang kekasih yang betul2 sayang dan cinta pada kita, pasti akan memberi kita ruang dan masa untuk diri sendiri... sebab dia tahu cinta anda hanya untuknya... dan dia tahu anda sangat mencintainya... :)
  8. Pada wanita... kita kena berusaha jadikan diri kita ni CANTIK LAGI BIJAKSANA DAN BIJAKSINI untuk kekasih kita biar kita jadi air.. padamkan api... jangan jadi minyak tuk nyalakan lagi bara menjadi api... hehe Wanita itu indah bukan hanya pada fizikalnya... tapi akan jadi lebih indah sekiranya punya HATI yang indah... otak yang cerdas! hehe masalah seorang wanita adalah emosinya sendiri.... bagaimana bijak sekalipun seorang wanita itu... kadang2 dia akan tumbang oleh emosinya sendiri... jadi.... seorang wanita WAJIB belajar mengawal emosinya sedaya upaya! pada waktu perang emosi sebegini pihak lelaki, seharusnya membantu emosi kembali tenang... seorang lelaki yang benar2 mencinta seorang wanita pasti akan memahami.. siapa itu wanita? dan betapa istimewanya wanita... oleh itu, dia dapat mengawal emosi kekasihnya dengan baik. Yala kalau lelaki tu samakan kekasihnya macam dia juga... susahlah! sebab... di dalam dunia ini ada dua ja spesies manusia yang nyata, lelaki atau perempuan... yang pasti mempunyai perbezaan! sentence like this " susahlah mau faham perempuan/lelaki ni... " that is correct! and...sebab tu la perlunya CINTA! dan dalam percintaan perlunya ada perbezaan selain dari kesamaan. LELAKI=PEREMPUAN mana boleh... kalau macam tu boringla~~~ Jangan lupa... kalau benar anda mencinta dia sebenar2nya... jadilah wanita yang cantik pada pandangannya dan juga pada hatinya... serta jadilah wanita yang bijak! bijak segala2nya... untuk dirinya... lengkapi kekurangan yang ada pada kekasih kita... :) CUMA jangan sampai mencabar A gentleman DIGNITY ok...? Tak perululah tunjuk bijak depan kekasih kita kalau dia x perlu kebijaksanaan kita pada masa itu... bila masa ia diperlukan baru guna kebijaksanaan tu..
  9. Kaum lelaki pula JANGANLA PANAS BARAN... kalau marah pun jangan sampai menengking... menerajang! lebih2 lagi marah depann orang lain... ish2... x bagus la macam tu... kaum wanita pun... kalau marah tu jangan la tunjuk ketika dikhalayak orang ramai.. malulah pasangan kita kan... MARAH ada sebabnya.. dan biarlah sebabnya itu LOGIK! takkanlah dia tak dapat datang berjumpa dengan anda sebab dia ada hal keluarga, kamu da nak marah? Wanita lagilahh tak boleh panas baran! bagi wanita yang panas baran... belajarla jadi COOL okay... supaya kekasih anda tenang di samping anda... AURA POSITIVE itu sangat baik.. sebab ia akan memberi pengaruh yang baik kepada orang sekeliling kita... dan yang paling pentinng ia membantu kita untuk panjang umur.. hehe dan... kekal CANTIK... hati orang yang x tenang akan terpancar pada wajahnya..
  10. JANGAN TERLEBIH MENGONGKONG! maksudnya... mengongkong itu ada baiknya... tapi kita kena fikir juga situasi pasangan kita... kalau mengongkong dia itu baik untuk dirinya.. so teruskan dan bagi kekasih anda faham kenapa anda perlu mengongkong... kalau anda mengongkong untuk kepentingan diri anda! baik x payah... percayalah pada wanita/lelaki yang anda cinta... jikalau benar dia mencintai anda sebenar2nya... WALAU LELAKI/WANITA paling kacak di dunia jatuh cinta pada dia.,.. Di hatinya hanya ada kamu... ok ? :)
  11. JANGAN CEMBURU BUTA! aku rasa, cemburu buta seorang lelaki lagi teruk daripada perempuan! sebab perempuan selalunya bila dia rasa cemburu.. dia akan siasat dulu siapa... tapi lelaki ni... pasangan dia senyum kepada sahabat lelaki dia pun dah cemburu sampai nak bagi buku lima. uhuk relaxla guys... if u really love her... please believe her,... dan bagi ruang untuk dia hidup! Cemburu buta hanya merugikan... apakata cemburu celik? siasat dulu... :P

    Kalaulah anda telah pun berusaha melakukan semua diatas tapi situasi hubungan dengan pasangan anda masih sama...  mungkin anda berCINTA dengan insan yang bukan untuk anda...!!!


    No comments: