Monday, January 28, 2013

Apa barang tu Illuminati??? FREEMASON?

Oho......

ok.. entry kali ni memang jarang2 orang tau.. kecuali nasib dia ditakdirkan untuk tau akan kewujudan benda ni. HAHAHA its not benda... tetapi seperti sebuah kumpulan... Bagi kita yang berAgama ISLAM... saya rasa kita patut tau tentang kewujudan darang ni. kenali siapa mereka... matlamat mereka... supaya kita x semudahnya ditipu oleh mereka. Bagi saya darang ni umpama bayang2. terlalu banyak muslihat.
Sekurang2nya kalau kita tau... macam mna pun nakal kita di dunia inni... kta x ikut jalan darang ni...
Sebab darang ni kja dengan SETAN/SYAITAN/IBLIS.

Ok macam mna aku tau semua ni??? Entahla aku pun x ingat. Aku tak tau... yang penting aku tau semua dari internet la pada mulanya... lepas tu aku ada tengok... The Arrivals.. ada banyak episod.. tengokla semua..
BAGI SESAPA YANG NAK TENGOK... Please saya harap anda ada asas AGAMA ISLAM yang baik... supaya mudah faham apa yang hendak disampaikan.. dan x terpesong.. ok?
 Dalam Youtube ada banyak sal dorang ni... terpulang mau percaya atau x... sebab banyak artis berbakti kepada Freemason tau... tapi.. bagi aku sendiri secara terus terangnya... penyaynyi yg kononnya dikatakan ahli freemason seperti.. beyonce... lady gaga.. aku minat suara n lagu2 diaorang tapi hanya setakat itu. ok... aku x berminat dengan fahaman darang yang "membunuh diri" tu

mungkin ada insan yang akan menjumpai entry saya ni,... so, kalau anda mau mengetahui sapa mereka ni... anda boleh baca
dan buat sesapa yang tak tau... FACEBOOK yang kita hadap tu adalah ciptaan orang Illuminati... Tak CAya? C MARK ZUCKERBERG yang hencem tu... ar.. dia sendiri bagitahu tau... huhu.. kita da termasuk dalam rancangan diaorang ni... Saya agak facebook ni adalah tempat orang cam darang ni kumpul maklumat n cara untuk bodohkan manusia. Bagi aku Facebook tu bagaikan ada jampi tau! apa tidak kita mudah sangat lalai kerana c FB ja. Hajat d hati hadap FB sekejap ja.. sekali tengok!!!! seharian depan FB tau! huh Banyak keburukan Fb berbanding kebaikannya... Tapi x apa ada saudara2 kita yang sedar.. Mereka guna FB ini untuk melawan balik orang2 FreeMason ni. Tengok ni betapa bersemangatnya C MARK ZUCKERBERG sampai berpeluh2! rupa dia macam manusia zaman dulu2 kan? hehe


 Hmmm.... aku harap kita akan dapat atasi kebijaksanaan kaum mereka ni.. lebih2 lagi hamba Allah yang lemah sangat cam aku ni...

ok tengok ni... ini etika freemason.. melalui WIKI:

Etika Freemason

Freemason mengamalkan tiga etika-etika yang diikuti demi mengaburi pergerakan mereka

Persaudaraan

Setiap pengikut-pengikut Freemason diwajibkan untuk bertoleransi, dan berfikiran positif sesama sendiri agar pendirian mereka mudah diterima.

Menderma dan beramal kebajikan

Pengikut Freemason melakukan pelbagai perkara kebajikan demi untuk menarik lebih ramai pengikut mereka.

Kebenaran

Mereka berpegang teguh terhadap kepercayaan mereka. Mereka percaya bahawa prinsip yang mereka bawa membawa lebih kepada kemajuan dan mendapat kehidupan yang lebih baik. [9]



bahaya kumpulan dorang ni... kita x akan tau sapa mereka ni... mungkin ada yang berlakon seperti orang islam, seperti orang kristian.. atau apa2la. itula salah satu cara mereka ni untuk pengaruhi kita. 

Di MALAYSIA ada?

huh! ada... kat Kota Kinabalu dekat town ada satu. tak percaya p cari sendiri! ok aku dapat maklumat ni dari WIKI juga..

Freemason di Malaysia

Di Malaysia, cawangan Freemason beroperasi sebagai Loji Besar Daerah Timur Tengah (District Grand Lodges of Middle East atau DGLME).[12] DGLME secara rasmi bermula di Kuala Lumpur pada 20 Oktober 1916. Ia dipanggil Timur Tengah kerana pada awal kurun ke-19, setiap yang berada antara timur India tidak termasuk timur jauh (Hong Kong, China dan Jepun) dikenali sebagai Timur Tengah. Hanya pada kurun ke-20, istilah Timur Tengah merujuk kepada negara Arab dan Teluk. Cawangan ini bagaimanapun tidak mahu mengubah namanya kerana sudah biasa dengan nama tersebut dan tradisinya.
DGLME ini meliputi bandar yang luas termasuk bandar lain di rantau ini:
  • Singapura: 3 loji
  • Kuala Lumpur: 3 loji
  • Pulau Pinang: 1 loji
  • lpoh: 1 loji
  • Kuantan: 1 loji
  • Kuching: 2 loji
  • Port Dickson: 1 loji
  • Port Klang: 1 loji
  • Kelantan: 1 loji
  • Taiping : 1 loji
  • Kota Kinabalu: 1 loji
  • Bangkok: 3 loji
  • Pattaya: 1 loji
  • Melaka: 1 logi
 Mengerikan siot!

Baca lagi :


Tentangan dan kritikan terhadap Freemason

Islam dan Freemason

Sesetengah ulama Islam menegaskan adalah tujuan utama Freemason ialah mengambil kembali tanah Palestin dan membina kembali Haikal Sulaiman [13] [14] [15] [16]di bawah runtuhan Masjid Al-Aqsa[17], kemudian akan melebarkan pemerintahannya ke Syria, Iraq, Jordan, Mesir[18] dan terus menuju ke Al Madinah di Arab Saudi. Pergerakan ini didakwa dibentuk bagi mengembangkan fahaman Yahudi dengan cara bergiat cergas di dalam bidang pendidikan, politik, budaya dan sosial.
Gerakan ini berkembang di seluruh dunia termasuk di negara-negara Islam seperti Turki era Mustafa Kamal Ataturk. Freemason juga berkembang luas di Mesir, Maghribi, Lubnan, Malaysia dan lain-lain. Gerakan ini dikaburkan melalui kegiatan amal seperti membantu keluarga yang miskin dan menganjurkan pertunjukan amal untuk disedekahkan kepada mereka yang memerlukan.
Gerakan ini jelas nyata memperjuangkan kewujudan negara Israel dan Yahudi di bumi Palestin antara tahun 1940an dan 1970-an.[19] Lantaran orang Islam bersikap anti-Freemason, anti-Semitisme dan anti-Zionisme. Ada yang mengaitkan Freemason dengan Dajjal yang akan hadir pada akhir zaman. Ini berdasarkan simbol Free Masonic yang dikenali "Satu Mata Melihat Semua" (All Seeing One Eye) dikatakan menyerupai Dajjal bermata satu. [20][21]

Kristian dan Freemason

Beberapa mazhab Kristian mempunyai sikap negatif terhadap Freemason termasuk mengharamkan atau tidak menggalakkan penganutnya daripada menjadi ahli Freemason.
Kristian Katolik mempunyai sejarah panjang dalam penolakannya. Penolakan Gereja Katolik berdasarkan dakwaan bahawa Freemason mengajar bahawa semua agama adalah sama yang bertentangan dengan doktrin Gereja Katolik. Terdapat banyak arahan paus yang melarang terlibat dengan Freemason. Pertama adalah daripada Paus Clemant XII pada 28 April 1738 dan yang terbaru daripada Paus Leo XIII pada 15 Oktober 1890. Kanun Hukum Gereja tahun 1917 juga mengharamkan buka yang mesra dengan Freemason.
Pada tahun 1983, Gereja mengeluarkan Kanun Hukum Gereja yang baru tetapi berlainan daripada sebelumnya, ia tidak secara jelas menyebut persatuan rahsia mana yang dikutuk. Ini menyebabkan ramai daripada kalangan penganut Katolik mahu pun daripada Freemason yang percaya larangan ke atas Freemason sudah ditarik balik. Bagaimana pun perkara ini dijelaskan oleh Kardinal Joseph Ratzinger (yang kini Paus Benedict XVI) bahawa pihak Gereja Katolik masih menganggap doktrin Katolik dan Freemason tidak selari dan keanggotaan penganut Katolik dalam Freemason masih dilarang.
Bagi Gereja Protestan pula, penentangan lebih kepada dakwaan Freemason mengamalkan mistik, percaya kepada benda ghaib dan pengikut syaitan (satanisme). Seorang ahli Freemason yang kontroversi, Albert Pike, sentiasa dijadikan contoh rujukan oleh Gereja Protestan. Pike adalah tokoh kontroversi yang terkenal sebagai penganut ajaran syaitan dan juga ahli Freemason. Menurut Pike, tiga perang dunia harus terjadi dengan perang dunia ketiga sebagai yang terakhir untuk memberi jalan kepada mekarnya agama dunia yang baru yang menjadikan Lucifer sebagai tuhan
  
FRen, aku try cari nama c Albert Pike tak ada pula dalam WIKI so, i try kat Youtube! u know? aku rasa seram pla tulis entry ni. huh 

Selepas beberapa minit.. searching sal c Albert... kat YOutube.. aku buat kesimpulan... lu p tengokla sendiri. Albert nni umpama tokoh diaorang la.
  
Cuba tengok ni: 
 
 eh, macam negara kita pula main ONe 1 kan? Satu Malaysia? hehe kebetulan? ok... apa yg penting kat gambar kat atas.. "To be one, ask one." ???? huhu

OWh.. ketika berada d YOUTUBE searching for How to recognize Freemason? PROBLEM LOADING PAGE la pula.. \

ok... suda..

ok.. terlalu banyak info aku da pening. tetiba pula aku jumpa satu maklumat yg dasyat!

OBAMA is OSAMA? owh bahaya ni!
tak mungkin kot? i dont know! eh aku tak kena tangkap FBI ka ya kalau sebar ni kat blog?
Owh man... dont know!
MUNGKIN sekadar 'gossip' kan? mungkin fitnah..

NEW WORLD ORDER ?


No comments: