Friday, July 23, 2010

PERHUBUNGAN


Apakah itu perhubungan?

Perhubungan ialah interaksi sosial di antara dua individu atau lebih.

Peringkat-peringkat perhubungan
Perhubungan bermula dengan minat dan mungkin bertukar menjadi nafsu berahi atau perasaan saling sayang menyayangi. Cinta mengikut nafsu melibatkan perasaan berahi, tarikan fizikal dan selalunya berakhir dengan kegagalan perhubungan. Sayang menyayangi pula melibatkan persahabatan, ikatan dan komitmen ke arah perhubungan yang kekal iaitu ikatan perkahwinan.

Apakah perhubungan sihat?
Perhubungan sihat adalah sesuatu yang positif. Di dalam perhubungan sihat, remaja lelaki dan perempuan:

  • Yakin dan selesa dengan diri mereka sendiri dan juga orang lain
  • Saling bergembira
  • Saling mempercayai dan jujur
  • Saling menghormati pendapat, perasaan dan kepercayaan orang lain
  • Tidak mengkritik atau mencaci sesama sendiri
  • Menerima seseorang itu seadanya
  • Dapat menyelesaikan perbezaan pendapat melalui perbincangan
  • Tidak mengongkong orang lain
  • Boleh menyatakan tidak kepada sesuatu ( termasuk seks )
  • Saling berjumpa bila perlu
  • Saling sokong menyokong

Apakah perhubungan tidak sihat?
Perhubungan yang tidak sihat berlaku apabila wujud perasaan bengis, tidak hormat, mengongkong atau terdapat unsur penderaan dalam perhubungan seperti:

  • Tidak membenarkan anda berinteraksi dengan orang lain
  • Tidak membenarkan anda meluangkan masa bersama keluarga
  • Sentiasa ingin memeriksa dan mengambil tahu aktiviti anda
  • Mengaibkan atau mengkritik anda
  • Memaksa anda mengikut kehendak mereka
  • Membuatkan anda berasa takut untuk tidak bersetuju atau menyatakan tidak
  • Cuba mencederakan anda atau diri sendiri jika anda ingin memutuskan perhubungan
  • Boleh bertindak kasar dan ganas terhadap anda
  • Memeras ugut / mengancam anda

Definisi Cinta


Memang terdapat pelbagai definisi cinta. Berikut merupakan definisi cinta yang dipetik dari laman web mentor_ulung.

1. Cinta itu KOMITMEN.

Cinta, tak boleh main-main. Cinta perlu komitmen. Bukan main campak buang semacam. Perlu dirancang dan dilaksana sebaik mungkin.

Tak bolehlah nak bergaduh, paksa-paksa dan mengabaikan tanggungjawab pada pasangan. Untuk yang dah berkahwin, nafkah wajib dipenuhi. Amanah sebagai suami isteri kena ditunaikan sebaiknya. Komited sebagai suami yang mithali, ummi yang solehah, agar dapat melahirkan anak-anak yang afiq, yang arif, yang anis, yang santun. Menjadikan rumahtangga dipenuhi mahabbah, mawaddah dan sakinah

2. Cinta itu intuitive: NALURI.

Cinta itu sifatnya naluri. Apa tu orang kata, “cinta itu di hati”. Bercinta yang hangat bila kita dapat merasai apa yang dirasai oleh orang yang kita sayang.

Jika taknak disakiti, kita tak menyakitkan hati orang lain. Jika nak disayang, kita akan memberi kasih sayang seluhurnya. Jika ada rasa bimbang, seringnya kita akan dapat merasa. Macam cinta ibu pada anak-anak. Sering mereka dapat rasa apa yang anak-anak mereka buat, yang baik atau tak baik untuk anak-anak, kan?

3. Cinta itu sebahagian nature: FITRAH

Cinta itu fitrah. Betul. Bila Nabi Adam dicipta, baginda rasa kesunyian. Allah ciptakan Hawa sebagai peneman. Rasa ingin disayanagi dan menyayangi tu fitrah manusia. Yang perempuan minat pada seorang lelaki. Ada lelaki jatuh cinta pada seorang wanita. Cinta itu benar dan suci.

4. Cinta sering terletak di puncak: TOP

Bila ada rasa cinta, kita akan sama-sama bekerjasama, saling mengasihi. Itulah nilai yang mengikat kita semua untuk terus bersatu. Sekuat cinta Tuhan yang memberikan pelbagai nikmat hidup, cinta itu di puncak kehidupan.

5. Cinta itu sifatnya ALTRUISTIC.

Apa tu?? Aa, altruistik maknanya melebihkan orang lain dari diri sendiri. Dalam lughah disebut al-itsar. Wah, erti pengorbanan di sini. Bak kata Ustaz Hasrizal, makna hidup pada memberi. Bila cinta, kita sanggup berkorban untuk yang kita cinta dan kasihi.

Bila ada niat untuk membahagiakan yang lain, maka kita akan usahakan yang terbaik untuk memenuhi kehidupannya dengan bahagia dan sempurna. Kata Abang Ed, bila kita tolong orang, Allah akan membantu kita, menambah nikmat untuk kita. Indahnya…..


Maafkan aku..

dulu aku prnah rasai betapa hangatnya semangat cinta ku
untukmu
aku bjuang dmi cnta ini
kau salah satu inspirasi utk aku mlangkah..

namun krana dri ini sudah tidak sanggup lagi dibiar
bersendri..
aku yakinkan driku kau tlah lupakan aku,
tidak mampu menunggu aku
tidak sanggup lagi denganku
hanya mpermainkan aku
dan x mhargai ketulusan cintaku..

aku mula mlangkah hidup yang baru,
menemui cinta yang baru,
namun semua itu seakan mimpi
dan hnya sementara
kebahagian ku tidak bertahan lama..
mungkin kaca ku sangka permata

aku di dalam dilema
dalam kekeliruan..
aku tidak mahu melukakan hatimu mahupun dia,
akhirnya takdir tuhan memutuskan kmi berpisah.
maafkan aku..
pada mulanya aku tidak sanggup menerima perpisahan kami,
tapi aku teruskan langkah..

aku sangat di uji..
tapi di setiap kali aku berada dlam keadaan terlena
kau pasti akan datang..
ia bagaikan suatu petunjuk..
adakah drimu jalan yg patut aku pilih?
tapi itupun setelah sekian lama kau menyeksa jiwa ku
yang pada anggapanmu..
terbaik buatku..

akhirnya disaat aku lemas dalam kegembiraan yang
hnya sebuah mimpi sekali lagi kau datang..
dan sememangnya sewaktu itu aku menyeru namamu..
andai kau yang terbaik buatku..
hadirla drimu di saat itu

ya memang drimu...
aku bersyukur..
aku kembali ke alam nyata
bersama dirimu
walaupun kadangkala aku merindu kegembiraanku
yang ibarat mimpi itu

dan kini kau dan aku
makin memahami
makin menyayangi dan mengahargai cinta
yang hadir atas kehendakNya

kau yakinkan aku kiranya
aku ditakdirkan mnjadi permaisurimu..
pasti tiada yang dapat menghalang
walau kita terpisah jau..
kejarlah impianku dan balaslah jasa orang tuaku

cinta itu perlukan pengorbanan..
dan cinta itu tanggungjawab..
cintaku telah pun diuji olehNya..
andai suatu hari cintamu diuji aku pasti
akan berjuang menyelamatkan cinta kita..
seperti yang kau lakukan padaku dahulu

akan ku memahami kesilapanmu..
akan ku perbaiki kelemahanku..kita hanya manusia biasa
tiada yang sempurna..

maafkan aku atas kesilapanku pada masa lalu..
walaupun dari bibir mu mngatakn kau maafkan aku..
aku tahu dihatimu pasti ada luka
maafkan aku..
dan izinkan aku untuk
merawat luka dihatimu..maafkan aku..

MAAFKAN AKU

MAAFKAN AKU

kau kenangan terindah ku...
air mata pasti menemani andai aku terkenang padamu
saat2 bersamamu...

dan..
kau dulu pernah mengesat air mata ini..
tapi kini kau biarkan aku sendiri,

dan..
aku ingin aku lupa padamu yg bukan hak ku..
untuk dia yang menantiku..

andai kau mmbaca isi hati ini..
aku harap kau maafkan ksalahan ku...

jangan seksa aku bgini..
sesungguhnya aku masih menyanyangimu sebagai seorang insan
bernama SAHABAT.

MAAFKAN AKU

Semangatmu


Semangatmu..
Seiring dengan langkahku..

Kau kukuhkan semangat ku,
Dengan hadirnya hembusan kasihmu..

Terima kasih sayangku..
Kasih sayangmu amat bererti bagiku..