Thursday, May 23, 2013

Buah Pengalaban, Mengalaban, Kalankala

Jom Jadi PENDERMA ORGAN?

Assalamualaikum.... hai..

jom kita jadi penderma organ?
saya da daftar... jom!

just click this link>>>>NATIONAL TRANSPLANT RESOURCE CENTER


PRU 13 pertama kali menunaikan kewajipan sweet 23

Assalamualaikum.. hai...

sudah lama saya x update my blog... hmm...

PRU13 sudah pun berlalu... menyaksikan parti tang sama memerintah negara ku yang ku cintai..
saya ingin berkongsi sedikit pengalaman saya di hari mengundi.
1. awal bangun... semangat nak jalankan tanggungjawab
2. di awal 8.30 tempat mengundi sudah dikerumuni manusia... tapi x semua datang awal mengundi awal... x taula apa lagi darang tunggu..(fikir2 lagi kot mau tanda siapa..??)
3. aku diantara barisan awal... yahoo... saluran terbahagi kepada lima. dan aku selaku pengundi pertama... s.5. manakala s.1 untuk mereka yang sangat veteran. hehe
4. mula2... akan ada kaunter yang ambik kehadiran... hehe tunjukkan i.c... kemudian mereka akan gariskan nama anda... dan memberikan anda kertas yang bertulis SALURAN ANDA.  diwaktu saya sedang menunggu giliran saya di kaunter ini.. tiba2 muncul seorang Mak cik mak cik... demikian dialo diantara makcik tu dgn penjaga kaunter tu...
" nak, kena suruh aku balik p sini. (maksudnya kaunter ini)... aku p sana(bilik mengundi) kena cakap tiada nama aku disana... macam mana tu nak?" mak cik tu berkata sambil tunjuk kertas SALURANNYA.
"mana makcik, saya cek dulu"
..........................................................
ada 4 orang penjaga kaunter ni... dan oleh kerana kakak yang layan mak cik tadi sibuk aku beralih ke kaunter sebelahnya... makanya.. aku x taula kesudahan cerita mak cik tu... dan yang paling penting aku belum sedar berlakunya kejadian ANEH sebentar tadi. hahahahaha maklumlah excited. tidak sudah terfikir lain2 tu.

setibanya aku di... saluran ku... tunggu masa untuk masu bilik mengundi.. barisan x panjang...
x lama kemudian... tibalah giliranku... nervous aku hahahaha melangkah masuk pintu... bismillah... kemudian.. tiba di kaunter pertama... bagi i.c.... lalu... penjaga kaunter akan umumkan no giliran.. nama... no i.c... kemudian next counter calit jari dengan dakwat. sejuk rasanya jariku di calit dakwat. lepas tu kaunter k3... bagi kertas undi... aku berhati2 dengan dakwat di jariku.. takut terkena kertas undi.. dan aku semak dulu kertas undi tu.. samada bersih n belum ditanda... baru aku ke meja buang undi.
aku pun..... bismillah.. tarik nafas.... tanpa buang masa aku amati logo parti yg ku pilih. dan tanda X. ada dua kertas.. satu untuk DUN satu lagi untuk PARLIMEN. dan aku memilih parti yang sama buat DUN dan PARLIMEN. hmmm....masukkan kertas undi ke dalam box.. bismillah... hehe memang aku buat macam exam.
eh... aku penentu masa depan negara la.! hehe
apabila aku da keluar dari bilik mengundi... aku pun mengenggam jariku yang telah dicalit dakwatKEKAL. cis! belum kering lagi!!!!! lambatnya kering! nasibla aku belum korek lubanh hidung! hahahahahahahhahahaahahhahahahahaah maka kotorlah jari jemariku...
sesampainya aku di rumah... aku pun memerhati dakwat di jariku yang berwarna biru... bagi pendapat saya ia seperti dakwat penmaker... jari saya terasa sedikit pedas2... saya pun rimas melihat jariku... aku pun merendamnya didalam air... wa... air betul2 jadi biru seperti yang dikatakan pengerusi SPR. ok... da hilang da sedikit sebanyak kesann dakwat ini... ibu yang sudah habis cuci piring pula... pun da pudar dakwat di jarinya... aku pun dengan rasa semak hati... aku guna DOBI PELUNTUR... celup jari yang berkenaan.. terus cuci.. YES dakwat da hilang... waa... hilang da kesannya... dalam hatiku " waa.. senangnya kalau ada orang nak mengundi semula, yalah guna i.c orang lain?"
jadinya.... terdapat dua perkara yang menjentik akal ku;;
1. kenapa mak cik tu.... namanya x tersenarai dalam bilik mengundi sedangkan namanya ada semasa mengambil kertas saluran? adakah buku atau rekod senarai pengunid di kaunter semak saluran dan kaunter bilik mengundi TIDAK SAMA? maafkan saya.. tapi inilah yang berlaku... persoalannya mengapa kejadian seperti ini boleh berlaku? adakah negara kita x cukup maju?
2. kenapa.... dakwat yang dikatakan kekal... selama seminggu... hanya bertahan berapa minit? bukan apa.. saya tau,... ia x berbahaya pada kesihatan... ia halal... tp mengapa dakwat sangat cepat hilang kesannya? peruntukan yang melibatkan bajet besar.. adakah untuk dakwat seperti ini? kan maksudnya sebelum ni dakwat tu kekal tapi halal? hmm... entahla... bukan saya saja yang mengalami perkara ini...


kesimpulannya... tunggu PRU14